Friday, March 27, 2009

jaws

ikan jaws (yu) diambil nama daripada perkataan jaw (rahang itu sendiri). sebab ikan yu mempunyai rahang yang kuat.

aku tak nak cerita pasal ikan jaws pun sebenarnya. cuma aku nak cerita pasal rahang aku.

aku ada masalah skru rahang (penyambung rahang atas dan bawah) sebelah kanan yang dah loose atau mungkin dah tercabut. masalahnya bila aku bukak mulut luas-luas, susah nak tutup dan ada bunyi 'ktak'. susah nak menguap puas-puas dan nak makan yang besar-besar.

masalah paling besar, aku dah susah nak makan big mac.

sigh

Wednesday, March 25, 2009

rambut aku

banyak dah bunyi-bunyi n cakap-cakap pasal rambut aku nih.
takat ni semua komplen n tak berkenan.

akak : nah ni sikat, sikat rambut tu
: ya allah!! rambut ko

mak : kemas-kemaskan la rambut tu, baru ada orang nak

abah : potong rambut tu

miza : dah macam clown dah rambut ko nih
aku : aku kan joker. hahahaha

bos : kita kena kemas sikit. fawzan, tolong potong rambut awak tu yea. nah rm10
aku : tapi encik, professional hairstylist rm38. ngehngehngeh

yan : tak rimas ke jan? aku tengok rambut ko pun aku rimas

zali : cuba ko tgk rambut abang, baru la ensem. tgk rambut ko ni. malu je

pojie : sakit mata aku tgk rambut ko


so, siapa-siapa yang nak komplen pasal rambut aku atau ada pandangan samada cun atau hampeh, sila bagi komen anda. tq

Monday, March 23, 2009

Jejaka Kesepian Mencari Teman

tadi Pi tepon aku, dah lama tak berborak ngan mamat ni. Member lama yang setahun sekali nak jumpa pun susah.

Pi: Kau apa cerita skarang?

Aku: Camni la. Xde apa2 perubahan. Still single.

Pi: Bila nak kawen? Ke gay lagi macam dulu?

Aku: Cadangnya 3 tahun lagi.

Pi: Dah ada calon ke?

Aku: Mana ada, 3 tahun. Lambat lagi.

Pi: Lambat hotak kau. kau mana pernah ada awek. Baik ko iklankan kat internet ke, pegi kat OU ke, Megamall ke, tampal tag "jejaka kesepian mencari teman".

Pi n Aku: Hahahahahaa.

Jejaka kesepian mencari teman, cam dalam majalah mangga je. Memang pening layan mamat ni. Tapi kadang2 betul jugak cakap mamat ni. Kalau bukan sekarang bila lagi. Sigh....