Thursday, January 15, 2009

imaginasi (i) almari

korang pernah terfikir menggunakan imaginasi korang atas sesuatu benda tak?

okey, jom berimaginasi pasal almari.

pernah tak korang fikir, buka almari dan nampak budak mencangkung, mata besar pandang kat korang? macam cerita Ju-On tu. ngeri sungguh.

dan korang buka almari, dan korang jumpa dunia macam filem animasi Monster Inc. boleh jumpa Mike, Sulley dan anggap diri korang tu Boo. seronok tu. Aku terfikir bilalah sambungan untuk Monster inc akan dibuat. apa akan berlaku waktu Sulley buka pintu almari selepas bertahun-tahun tinggalkan Boo.

dan lagi, korang buka almari, korang masuk ke dalam almari tu, dan ada dunia lain. dunia Narnia. korang menjelajah dalam cerita Narnia pula. pengembaraan magikal. betul-betul imaginasi fantasi melampau.

kemudian, korang buka lagi almari, dan kali ni termasuk dalam cerita 5 children & it. walaupun dalam filem itu mereka masuk ikut pintu dari taman, tapi korang masuk la dari almari. 'it' akan tunaikan hajat korang. tapi dengan cara dia sendiri.

itu baru imaginasi tentang almari. dah fikir macam-macam. lain kali kita berimaginasi tentang benda lain pula.

1 comment:

Murni said...

syabas...satu blog yang berpotensi