Thursday, November 18, 2010

kena kencing

saya selalu kena kencing...

hari-hari saya kena kencing...


ps: apa la nasib selalu kena kencing (tipu) nih... kene mandi bunga ni kot...

Thursday, October 21, 2010

kata-kata perangsang

aku sebenarnya malas nak update blog aku, sebabnya aku rasa aku bukan penulis yang baik.

tapi aku taw ada gak yang sudi baca blog aku nih (tq korang)... n bebaru nih dapat kata2 hikmah dari seorang rakan - banghai (hairul)

aku copy n paste la kata2 (tulisan; taipan) dia


"nob..jangan terpengaruh dengan cara penulisan orang nob...ko tulis blog untuk apa?
untuk bagi orang kagum dengan cara penulisan ko ke atau cara ko nak luahkan perasaan
bagi aku kita tulis ikut cara kita" - banghai

mekasih banghai... aku nak rajin menulis balik nih (kunun2nya laaa)

Friday, September 17, 2010

berbuka bersama geng2 ex- smkta & sksb 03/09/2010

orang kata save the best for last. yang ni adalah paling bermemori atas beberapa sebab

1. dapat jumpa ngan kawan2 dari sekolah rendah yang saaangat lama xjumpa
2. last melepak ngan pojie time bujang. lepas pada tu dia kawen la plak.
3, 4 & 5. korang isi la sendiri

antara yang hadir

1. pojie
2. din & shy
3. fawzan (yerrr... aku lerr)
4. lan
5. azrain
6. firdaus
7. nuar (housemate din)

berbuka di taman sri andalas, klang. lepas berbuka, layan boling di sunway pyramid.

ucapan untuk pojie - semoga ko berbahagia, jadi suami yang mithali n soleh. serta jangan la kena QC (queen control) atau TB (takut bini). tahniah bro....

Sunday, September 05, 2010

berbuka bersama geng2 ex-smktpptm (panglima perang) (31/08/2010)

salam.

hari merdeka baru ni, aku n geng2 ex-sekolah menengah tengku panglima perang tengku muhammad, kuantan (aku sekolah kat sini masa form 4 n form 5) buat gathering n majlias berbuka puasa. venue a.k.a lokasi di restoran santai, tg lumpur, kuantan.

rasanya berbuka puasa yang ni mmg sangat meriah. ramai yang dapat join. sangat best. dah la leh berbuka puasa sama2, jumpa lak kawan2 yang lama xjumpa.

antara yang hadir memeriahkan dan membingitkan acara n suasana:

1. syuhada "wawa" azwa
2. "eric" annuar
3. ahmad "encikbeliau" fawzan (yer... aku la tu)
4. syarfaiza "syakpa" yanti a.k.a miss organizer (yang xdatang masa sahur) n pasangan
5. khairul "aja" haiza a.k.a mr assistant n pasangan
6. aminul "harry" ashraf
7. suhardi "eddy" (penaung)
8. noranieta "ieta"
9. "ustaz" shafik a.k.a pembawa berkat
10. mohamad noramin
11. roaziela "ziela"
12. "genji" sham
13. fara a.k.a makbuyong
14. iwan
15. nuurul "una" husna n bodigad kecik
16. sham fadly
17. siti "jaja" hajar
18. mohd "kari" fadly
..... errr... ada lagik ke yang aku tertinggal yek... rasanya ni jer kot...

makanan ok, banyak gak pilihan. tapi xleh nak makan lama2 sebab nak naik river cruise lepas tu...

aku, wawa n eric dtg ke kuantan malam 30/08 tu. sampai, melepak kat rezki gelas besar. pastu geng2 lain datang (yerrrr... kami tetamu yang sampai dulu... menunggu tuan umah). dalam kol 1 pagi, kami ramai2 gi bersahur di midnight cafe.

sambung citer berbuka lak, lepas berbuka kami pergi menaiki river cruise menyusuri sungai kuantan untuk melihat kelip2, kunang2 dan kegelapan malam. trip ini ditaja oleh mr eddy joery - woooohhoooo, yeawwww yeawwwww, hip hip horrayyyyyyy (sila buat ombak ketika membaca ayat ini)-

lepas balik dari river cruise, kami minum2 di rezki gelas besar sambil meraikan harijadi pasangan aja.

program yang sungguh pack. tapi aku rasa sangat seronok. tq kepada semua, yang menjayakan secara langsung atau xlangsung. special thanks untuk wawa n eric (bersama2 ngan aku dari kl), ieta (utk accommodition a.k.a bahasa melayunye akomodasi kot) n eddy (belanja river cruise).

Thursday, September 02, 2010

berbuka bersama geng2 ex-kolej (21/08/2010)

21 ogos baru nih, aku n beberapa ex-cosmopoint kuantan berbuka puasa sama2. lebih kurang small gathering gak la.

penganjurnya adalah kk (kamalkhalid)

n ahli2 yang datang :

1. kk
2. meiji (half MnM)
3. miza (other half MnM)
4. encikbeliau a.k.a ahmad fawzan (aku la tu)
5. lan
6. zedd
7. iz
8. aizoel

lokasi kat satay kajang haji samuri taman melati.

xbest pon. satay boley la nak makan (sangat banyak tempat lain yang sataynye lagik sedap). tapi sambal satay mmg spesel. makanan lain, mmg xboleh nak makan. sangat kecewa dengan makanan.

apa2 pon, dapat la melepak ngan geng2 lama. tq all

Tuesday, July 27, 2010

berfikir

letih la pikirkan macam2 mende... banyak yang nak dibuat dalam sedikit masa (sebenarnya masa aku banyak, maybe aku yang xpandai uruskan masa)... camne nak ubah hidup ke arah lebih baik... camne nak capai impian n cita2 aku (ada ke...) dan macam2 camne lagik...

... malas nak berfikir... tapi kalo keadaan keseorangan, lonely, akan akan banyak berfikir... tapi takat fikir aje, xde buatnye... xguna gak...

so aku kene start buat mende yang aku fikirkan... tapi... camne nak buat?? n paling penting... camne nak start...

huhuhuhuhu...

Wednesday, June 09, 2010

a new beginning for a new life...

new life... new beginning...

camtu la orang kata lebey kurang, kalo kita nak berubah or sebagainya. aku pon dalam proses ke arah itu. xtau la dapat capai atau tidak. harap2 berjaya n bergaya.

Tuesday, May 25, 2010

tak tenteram

sejak akhir2 ni, hati n jiwa aku rasa cam xtenteram jer. tapi ke atas suatu hal yang xpasti. terlalu banyak aku berfikir. n makin buat aku semakin xtenteram.

ntahla.

dah lama xbukak blog. aku bukan penulis yang baik. mungkin sebab tu aku sendiri pon malas baca mende yang ditulis oleh aku sendiri.

Monday, February 01, 2010

princess and the frog

sungguh best cerita ni...

Thursday, January 28, 2010

dia buat lagiii...

ketika otw balik dari mengambil rakan sekerja di LCCT tadi (lebih kurang 5.14pm), telefon berdering...

opis: boleh pegi tioman tak malam esok (jumaat malam)?

perrgghhh... panas hati betul aku mendengarnya. weekend kena kerja lagi. walaupun aku cakap xboleh tapi mesti ada opismate yang kene pegi jugak. sama jer, xkisah aku ke, orang lain ke, pokoknya - last minute plan, last minute bagitaw.

xleh pikir ke, weekend la orang nak rehat, ada janji ngan orang, atau ada hal lain. aku xkisah sangat nak keje tetiap ari (7 ari seminggu), tapi jangan la selalu sangat, n lagi satu jangan last minute bagitau. banyak mende aku plan awal.

dah xlarat orang maki, merajuk, marah, sindir, gelak, xpercaya, kutuk dan lain2 yang sewaktu dengannya sebab xtepati janji, kejap boleh kejap xboleh.

minggu depan nampak cam pegi langkawi + pulau perak. tu pon sampai ke weekend jugak. xtaw lagi saper la yang kena pegi. tapi memang siot la camni.

letih-penat-boring-kecewa kuasa lapan juta.

huwaaaaaaaaa...

Tuesday, January 12, 2010

boring + marah + bengang

boring betul la keje asik2 camni. semalam kata dah kensel utk ke langkawi + layang2 + erb west. hati dah gembira sebab boleh ke mukah. alih2 petang ni telefon, layang2 jadik. abis tu, camne ngan perasaan gembira aku nak ke mukah. buat aku marah n bengang betul la.

nak salahkan bos, xleh. bukan dia buat jadual. salahkan klien, diorang pun takat orang bawahan je. bahagian2 atasan ni yang buat kejap jadi kejap xjadi.

weekend pulak nak 'family day' la plak. plan arini. nak peginya sabtu. minggu depan ke layang2. abis tu, camne ngan aku? camne ngan plan2 aku buat? masa untuk diri aku sendiri? kalau aku dah ada janji ngan orang? ada ke orang kisah dengan menda2 camni?

teringat kata2 ex-rakan sekerja -"your poor planning is not my emergency".

bukan sekali mende2 camni jadik, tapi dah berkali-kali-kali-kali. penat sangat2 dah. kalo rakan2 lain xterasa, aku mmg terasa. last2 yang kecewa tetap aku.

malas nak salahkan orang lain. salah aku jer la. aku salahkan diri sendiri utk dulu, kini dan masa akan datang, kalau mende2 camni berulang.

penat-boring-marah-bengang.

tapi siapalah aku.

sigh.

Monday, January 04, 2010

MnM

Congrats for MnM's wedding...