Thursday, May 28, 2009

lima-ratus-d ii

sebenarnya aku dah lama ada hati ngan satu awek nih.

tapi cam biasa, aku kan pemalu n aku taw awek ni pon leh tahan gak hi maintenancenye.

satu ari, sorang abang (lelabah) janji nak tolong aku utk dapatkan awek nih. tq abang.

n bebaru nih, abang lelabah n wifenye, kaksami dah tolong aku utk mengejas awek nih. setelah lama me'nego'2, akhirnya aku berjaya memiliki awek idaman aku.

tq abg lelabah n kaksami, jasamu dikenang.


ps: aku rindu pada awekku itu. huhuhuhu

Wednesday, May 27, 2009

lima-ratus-d

hmm.. hmm.. dan hmmm

Friday, March 27, 2009

jaws

ikan jaws (yu) diambil nama daripada perkataan jaw (rahang itu sendiri). sebab ikan yu mempunyai rahang yang kuat.

aku tak nak cerita pasal ikan jaws pun sebenarnya. cuma aku nak cerita pasal rahang aku.

aku ada masalah skru rahang (penyambung rahang atas dan bawah) sebelah kanan yang dah loose atau mungkin dah tercabut. masalahnya bila aku bukak mulut luas-luas, susah nak tutup dan ada bunyi 'ktak'. susah nak menguap puas-puas dan nak makan yang besar-besar.

masalah paling besar, aku dah susah nak makan big mac.

sigh

Wednesday, March 25, 2009

rambut aku

banyak dah bunyi-bunyi n cakap-cakap pasal rambut aku nih.
takat ni semua komplen n tak berkenan.

akak : nah ni sikat, sikat rambut tu
: ya allah!! rambut ko

mak : kemas-kemaskan la rambut tu, baru ada orang nak

abah : potong rambut tu

miza : dah macam clown dah rambut ko nih
aku : aku kan joker. hahahaha

bos : kita kena kemas sikit. fawzan, tolong potong rambut awak tu yea. nah rm10
aku : tapi encik, professional hairstylist rm38. ngehngehngeh

yan : tak rimas ke jan? aku tengok rambut ko pun aku rimas

zali : cuba ko tgk rambut abang, baru la ensem. tgk rambut ko ni. malu je

pojie : sakit mata aku tgk rambut ko


so, siapa-siapa yang nak komplen pasal rambut aku atau ada pandangan samada cun atau hampeh, sila bagi komen anda. tq

Monday, March 23, 2009

Jejaka Kesepian Mencari Teman

tadi Pi tepon aku, dah lama tak berborak ngan mamat ni. Member lama yang setahun sekali nak jumpa pun susah.

Pi: Kau apa cerita skarang?

Aku: Camni la. Xde apa2 perubahan. Still single.

Pi: Bila nak kawen? Ke gay lagi macam dulu?

Aku: Cadangnya 3 tahun lagi.

Pi: Dah ada calon ke?

Aku: Mana ada, 3 tahun. Lambat lagi.

Pi: Lambat hotak kau. kau mana pernah ada awek. Baik ko iklankan kat internet ke, pegi kat OU ke, Megamall ke, tampal tag "jejaka kesepian mencari teman".

Pi n Aku: Hahahahahaa.

Jejaka kesepian mencari teman, cam dalam majalah mangga je. Memang pening layan mamat ni. Tapi kadang2 betul jugak cakap mamat ni. Kalau bukan sekarang bila lagi. Sigh....

Monday, February 16, 2009

wake up call

tetiba aku terima wake up call...

tersedar dengan sesuatu yang aku buat (atau yang aku xbuat)...

hmmm... maybe ini rasanya penyesalan kot...

penyesalan dan pengajaran...

rasa rindu pulak... aisehhh... rasa bodoh pon ada...

dead & gone

Ohh (hey)I've been travelin on this road too long (too long)
Just tryin find my way back home (back home)
But the old me's dead and gone,Dead and Gone
And Ohh.. (hey)I've been travelin on this road too long (too long)
Just tryin find my way back home (back home)
But the old me's dead and gone,Dead and Gone

Tuesday, February 10, 2009

changelling

hari ahad baru ni aku pegi tengok wayang cerita changelling ni. plannye nak tengok dengan meiji, miza n kk. tapi meiji kerja pulak. n kk tak dapat dihubungi. jadi aku tengok berdua la dengan miza.

ceritanya memang superb. bila tulis je 'based on true story', aku dah start excited. sebab kalau cerita yang based on true story ni memang best. 10/10 aku bagi, n ada penonton yang tepuk tangan lepas cerita tu abis. memang terkesan di hati sungguh.

filem arahan clint eastwood. patutnya memang best. taglinenya 'To find her son, she did what no one else dared'. ceritanya berkisar tahun 1928, mengisahkan christine collins dan anaknya walter collins hidup di bandar LA di mana pasukan polisnya adalah paling korup di amerika. satu hari, si walter telah hilang dari rumahnya ketika christine bekerja. setelah membuat laporan polis, polis mengambil mudah kehilangan walter. christine yang bosan dengan cara polis, mahu bertidak sendiri dan disokong oleh seorang paderi yang tidak berpuas hati dengan badan polis LA. Pihak polis yang berasa terancam, bertindak memberi christine 'walter' semula yang dijumpai ditinggalkan.

naluri keibuan memberitahu christine yang 'walter' baru itu bukan anaknya. tetapi pihak polis memaksa christine menerima hakikat, itulah walter. pelbagai cara dilakukan christine, sehingga pihak polis meletakkan dia ke pusat tahanan mental. paderi gustav membantu christine untuk keluar dari tahanan dan membantu mengenai anaknya dan seterusnya mendedahkan kepincangan anggota polis LA.

seorang budak yang ditangkap oleh polis yang baik atas jenayah memasuki negara secara haram telah membuka mulut yang dia dan abang sepupunya telah menculik dan membunuh 20 orang kanak-kanak. walaupun memberitahu walter collins adalah salah seorang mangsa, tetapi christine berdegil yang anaknya masih hidup. hingga seatu hari, selepas 7 tahun kes kehilangan, seorang remaja telah membuat pendedahan yang dia, walter dan 2 budak lain telah terlepas dari penculik tersebut. tetapi mereka berpecah dan tidak tahu keadaan masing-masing.

christine yang mendengar berita tersebut berasa masih ada harapan untuk dia menemui anaknya. dan tidak akan berhenti untuk mencari.

lepas abis cerita, jaja, yan ngan soba ajak lepak minum-minum kat subang. lepas minum, diorang nak gi main pool. tapi aku balik. tak berapa sihat. lagipun aku bukannya pandai sangat main pool.

Wednesday, January 28, 2009

suasana baru

arini aku dah edjas sikit-sikit blog aku.

kalau korang perasan, ada la sikit perubahan. walaupun korang kata "tak best", pada aku, aku suka simple n klasik.

tq kepada kaksami a.k.a kunang a.k.a pinkjambu sbb membantu aku mengupgrade tahap tertinggi blog aku nih.

so, korang boleh kasik link blog korang dan aku akan add di sini.

sekian, jumpa lagi nanti

Wednesday, January 21, 2009

tag bilik mandi

haku xtau amende mende nih... tapi sbb kaksu tag saya n paksa buat, saya buat jugak la...

kali ni kita main tag bab bilek mandi le pulok$ygB+T4l17840atau lebih tepat... barang2 mandian anda.P?~:P;V*?:jRx/J17840!s7h;b!M2b0Joq17840tag dr kakaktiri kesayangan haku ni...6E:?s] CE&~~17840so... harus le aku jawab(eJ$wD9^p17840walopon aku meyong skit hari ni...Cari eBlog-l1UFwuK(KcI9p {
1. Senaraikan bahan pembersihan diri yang korang gunakan di bilik mandi.
- gel mandian badan (shower gel) - LUX
- ubat gigi COLGATE
- shampoo & conditioner rambut


2. Bagaimana cara korang mandi?
- menyelam dalam baldi

3. Berapa lama korang mandi?
- biasa xsampai 10 minit... tapi kalau pagi, mau setengah jam gak campur uk uk

4. Senaraikan peralatan make-up dan sewaktu dengannya yang ada kat bilik korang.. (mana ada make up laaaa)
- minyak rambut (loreal)
- minyak wangi
- aftershave

5. Berapa lama korang ambil masa untuk bersolek tu...
- haku ni sikat rambut pon jarang... so, maybe seminggu sekali kot


6. Namakan lima orang yang korang nak odit dengan soklan tag ni...
Ramainya aku nak kena tag
- sila tinggalkan address blog korang supaya aku leh tag kan...

Sunday, January 18, 2009

AJL full dress rehearsal 17/01/09

aritu kan, saya kan, pegi kan, rehearsal AJL ke 23 kan. dengan kroni-kroni konfi bod perak kan.
mula-mula kan, saya rasa bosan. patut la saya bosan kan, startnye pukul 9 kan. start pukul 9 kan, dia jadi best. dan dapat juga jumpa kawan-kawan forum yang baru kan.

ni antara aktivitinya:

1. berkumpul sebelum 7.30pm di Stadium Bukit Jalil.
2. Masuk ke Stadium. Tengok AJL
3. lepak-lepak minum

sungguh seronok kerana semua kawan-kawan yang pergi semuanya sungguh sporting. selain saya, yang turut serta adalah

kaknde - founder utk program kali ni. terima kasih kak. 1st time saya pergi anugerah muzik.

kaksu (chekshu) - best layan akak ni. sporting. tapi duduk barisan lain. so, xdapat la havoc sesama.

mapia - mamat buta seni, sblm pukul 9, dia macam saya juga. boring. suka kat lagu aiman ye mapia. n xkenal kumpulan hujan.

kaksemi - hahahaha. akak yang paling havoc + sporting + paling riuh di malam tu. semua artis yang masuk bertanding pun disoraknya. yang xbertanding pun turut disoraknya. hubby akak, abg lelabah memang best. habis dikenalkan encikbeliau kat kawan-kawan dia. tahnks abg lelabah. abg lelabah n kaksemi memang best.

sha - xsangka saya dia ni betul-betul sporting. applause n sorak yang padu kepada artis yang diminatinya. faizal tahir, ziana zain, elyana, m nasir dan jamal abdillah. paling xdisangka menjerit "elyana, tapei kirim salam" masa persembahan elyana. you go girl.

joe - orang kaya pulau pinang yang sudi datang lepak ngan kami. memang kecoh mamat ni. thanks sebab belanja kami makan malam tu (belanja saya air teh o segelas je). thanks joe. nice meeting you. sibuk ngan awek dia bawak tu.

asep - mamat tiada perasaan yang ditegur oleh ally. tepuk pun xde perasaan. (walaupun ally tujukan pada orang lain, tapi saya tetap nak cakap asep jugak)

ekane - first time jumpa. xdapat nak borak banyak sebab joe asyik menyibuk aje.

stingbeh n kselamat81 - 1st time juga. jumpa lepas habis AJL. kselamat macam serius sikit n stingbeh ni kaki borak jugak. selamat berkenalan.

Thursday, January 15, 2009

imaginasi (i) almari

korang pernah terfikir menggunakan imaginasi korang atas sesuatu benda tak?

okey, jom berimaginasi pasal almari.

pernah tak korang fikir, buka almari dan nampak budak mencangkung, mata besar pandang kat korang? macam cerita Ju-On tu. ngeri sungguh.

dan korang buka almari, dan korang jumpa dunia macam filem animasi Monster Inc. boleh jumpa Mike, Sulley dan anggap diri korang tu Boo. seronok tu. Aku terfikir bilalah sambungan untuk Monster inc akan dibuat. apa akan berlaku waktu Sulley buka pintu almari selepas bertahun-tahun tinggalkan Boo.

dan lagi, korang buka almari, korang masuk ke dalam almari tu, dan ada dunia lain. dunia Narnia. korang menjelajah dalam cerita Narnia pula. pengembaraan magikal. betul-betul imaginasi fantasi melampau.

kemudian, korang buka lagi almari, dan kali ni termasuk dalam cerita 5 children & it. walaupun dalam filem itu mereka masuk ikut pintu dari taman, tapi korang masuk la dari almari. 'it' akan tunaikan hajat korang. tapi dengan cara dia sendiri.

itu baru imaginasi tentang almari. dah fikir macam-macam. lain kali kita berimaginasi tentang benda lain pula.

15/01/09

sejarah buat aku... dimana aku nak buat blog balik...

ingat nak buat baru, tapi tetap gunakan yang lama...

tq kepada milo es satowwww... yang tunjukkan ada "org lain" pakai encikbeliau... so, aku dig balik blog lama, cuba sedaya upaya utk dapatkan username n password... n aku berjaya...

kepada kaksami, yup... ini blog saya... yang lelain tu bukan (sehingga diberitahu kelak).

okey...

hati dah senang sket... pasni boleh la nak balik

Tuesday, March 22, 2005

tulun...

tulun aku....

siapkan blog aku nihhh...

bila aku nak buat jeee.. tetiba slow pc aku nihh.. huhuhuhu...

tak best langsung...

camne nak isi gambo...

nak isi lagu ekkkkk

Saturday, March 05, 2005

hari ini

hmmm...

aku tak tau...

apa sebenarnya perasaanku ini