Friday, September 17, 2010

berbuka bersama geng2 ex- smkta & sksb 03/09/2010

orang kata save the best for last. yang ni adalah paling bermemori atas beberapa sebab

1. dapat jumpa ngan kawan2 dari sekolah rendah yang saaangat lama xjumpa
2. last melepak ngan pojie time bujang. lepas pada tu dia kawen la plak.
3, 4 & 5. korang isi la sendiri

antara yang hadir

1. pojie
2. din & shy
3. fawzan (yerrr... aku lerr)
4. lan
5. azrain
6. firdaus
7. nuar (housemate din)

berbuka di taman sri andalas, klang. lepas berbuka, layan boling di sunway pyramid.

ucapan untuk pojie - semoga ko berbahagia, jadi suami yang mithali n soleh. serta jangan la kena QC (queen control) atau TB (takut bini). tahniah bro....

Sunday, September 05, 2010

berbuka bersama geng2 ex-smktpptm (panglima perang) (31/08/2010)

salam.

hari merdeka baru ni, aku n geng2 ex-sekolah menengah tengku panglima perang tengku muhammad, kuantan (aku sekolah kat sini masa form 4 n form 5) buat gathering n majlias berbuka puasa. venue a.k.a lokasi di restoran santai, tg lumpur, kuantan.

rasanya berbuka puasa yang ni mmg sangat meriah. ramai yang dapat join. sangat best. dah la leh berbuka puasa sama2, jumpa lak kawan2 yang lama xjumpa.

antara yang hadir memeriahkan dan membingitkan acara n suasana:

1. syuhada "wawa" azwa
2. "eric" annuar
3. ahmad "encikbeliau" fawzan (yer... aku la tu)
4. syarfaiza "syakpa" yanti a.k.a miss organizer (yang xdatang masa sahur) n pasangan
5. khairul "aja" haiza a.k.a mr assistant n pasangan
6. aminul "harry" ashraf
7. suhardi "eddy" (penaung)
8. noranieta "ieta"
9. "ustaz" shafik a.k.a pembawa berkat
10. mohamad noramin
11. roaziela "ziela"
12. "genji" sham
13. fara a.k.a makbuyong
14. iwan
15. nuurul "una" husna n bodigad kecik
16. sham fadly
17. siti "jaja" hajar
18. mohd "kari" fadly
..... errr... ada lagik ke yang aku tertinggal yek... rasanya ni jer kot...

makanan ok, banyak gak pilihan. tapi xleh nak makan lama2 sebab nak naik river cruise lepas tu...

aku, wawa n eric dtg ke kuantan malam 30/08 tu. sampai, melepak kat rezki gelas besar. pastu geng2 lain datang (yerrrr... kami tetamu yang sampai dulu... menunggu tuan umah). dalam kol 1 pagi, kami ramai2 gi bersahur di midnight cafe.

sambung citer berbuka lak, lepas berbuka kami pergi menaiki river cruise menyusuri sungai kuantan untuk melihat kelip2, kunang2 dan kegelapan malam. trip ini ditaja oleh mr eddy joery - woooohhoooo, yeawwww yeawwwww, hip hip horrayyyyyyy (sila buat ombak ketika membaca ayat ini)-

lepas balik dari river cruise, kami minum2 di rezki gelas besar sambil meraikan harijadi pasangan aja.

program yang sungguh pack. tapi aku rasa sangat seronok. tq kepada semua, yang menjayakan secara langsung atau xlangsung. special thanks untuk wawa n eric (bersama2 ngan aku dari kl), ieta (utk accommodition a.k.a bahasa melayunye akomodasi kot) n eddy (belanja river cruise).

Thursday, September 02, 2010

berbuka bersama geng2 ex-kolej (21/08/2010)

21 ogos baru nih, aku n beberapa ex-cosmopoint kuantan berbuka puasa sama2. lebih kurang small gathering gak la.

penganjurnya adalah kk (kamalkhalid)

n ahli2 yang datang :

1. kk
2. meiji (half MnM)
3. miza (other half MnM)
4. encikbeliau a.k.a ahmad fawzan (aku la tu)
5. lan
6. zedd
7. iz
8. aizoel

lokasi kat satay kajang haji samuri taman melati.

xbest pon. satay boley la nak makan (sangat banyak tempat lain yang sataynye lagik sedap). tapi sambal satay mmg spesel. makanan lain, mmg xboleh nak makan. sangat kecewa dengan makanan.

apa2 pon, dapat la melepak ngan geng2 lama. tq all