Monday, February 16, 2009

wake up call

tetiba aku terima wake up call...

tersedar dengan sesuatu yang aku buat (atau yang aku xbuat)...

hmmm... maybe ini rasanya penyesalan kot...

penyesalan dan pengajaran...

rasa rindu pulak... aisehhh... rasa bodoh pon ada...

dead & gone

Ohh (hey)I've been travelin on this road too long (too long)
Just tryin find my way back home (back home)
But the old me's dead and gone,Dead and Gone
And Ohh.. (hey)I've been travelin on this road too long (too long)
Just tryin find my way back home (back home)
But the old me's dead and gone,Dead and Gone

Tuesday, February 10, 2009

changelling

hari ahad baru ni aku pegi tengok wayang cerita changelling ni. plannye nak tengok dengan meiji, miza n kk. tapi meiji kerja pulak. n kk tak dapat dihubungi. jadi aku tengok berdua la dengan miza.

ceritanya memang superb. bila tulis je 'based on true story', aku dah start excited. sebab kalau cerita yang based on true story ni memang best. 10/10 aku bagi, n ada penonton yang tepuk tangan lepas cerita tu abis. memang terkesan di hati sungguh.

filem arahan clint eastwood. patutnya memang best. taglinenya 'To find her son, she did what no one else dared'. ceritanya berkisar tahun 1928, mengisahkan christine collins dan anaknya walter collins hidup di bandar LA di mana pasukan polisnya adalah paling korup di amerika. satu hari, si walter telah hilang dari rumahnya ketika christine bekerja. setelah membuat laporan polis, polis mengambil mudah kehilangan walter. christine yang bosan dengan cara polis, mahu bertidak sendiri dan disokong oleh seorang paderi yang tidak berpuas hati dengan badan polis LA. Pihak polis yang berasa terancam, bertindak memberi christine 'walter' semula yang dijumpai ditinggalkan.

naluri keibuan memberitahu christine yang 'walter' baru itu bukan anaknya. tetapi pihak polis memaksa christine menerima hakikat, itulah walter. pelbagai cara dilakukan christine, sehingga pihak polis meletakkan dia ke pusat tahanan mental. paderi gustav membantu christine untuk keluar dari tahanan dan membantu mengenai anaknya dan seterusnya mendedahkan kepincangan anggota polis LA.

seorang budak yang ditangkap oleh polis yang baik atas jenayah memasuki negara secara haram telah membuka mulut yang dia dan abang sepupunya telah menculik dan membunuh 20 orang kanak-kanak. walaupun memberitahu walter collins adalah salah seorang mangsa, tetapi christine berdegil yang anaknya masih hidup. hingga seatu hari, selepas 7 tahun kes kehilangan, seorang remaja telah membuat pendedahan yang dia, walter dan 2 budak lain telah terlepas dari penculik tersebut. tetapi mereka berpecah dan tidak tahu keadaan masing-masing.

christine yang mendengar berita tersebut berasa masih ada harapan untuk dia menemui anaknya. dan tidak akan berhenti untuk mencari.

lepas abis cerita, jaja, yan ngan soba ajak lepak minum-minum kat subang. lepas minum, diorang nak gi main pool. tapi aku balik. tak berapa sihat. lagipun aku bukannya pandai sangat main pool.